Tuesday, May 09, 2017

Pernah main PC games ini?

Masa ENT300 sem lepas, aku kena jual game dan software kepada budak-budak kat sini. Aku tahu ianya salah....sebab tu lah kesemua duit hasil dari installkan software and game tu yang dalam RM300+ disumbangkan semua ke Orphan Care. Sebenarnya aku takde banyak game pun. Semuanya aku amik dari budak laki kelas aku. So alang-alang aku dah dapat game dari diorang, aku pun mainlah game-game tu. Pastu bila dah habis satu game, aku jadi addicted nak main game lain pulak so aku pun bukaklah website ni untuk download game. Ada game yang aku main download je sebab tengok poster nampak macam best.

Di bawah adalah list game yang aku dah habis main. Ada yang best, ada yang pfft. Why don't give it a try and then you'll be the judge of that! :D


ORI AND THE BLIND FOREST



System Requirements : MINIMUM:
OS: Windows 7
Processor: Intel Core 2 Duo E4500 @ 2.2GHz or AMD Athlon 64 X2 5600+ @ 2.8 GHz
Memory: 4 GB RAM
Graphics: GeForce 240 GT or Radeon HD 6570 – 1024 MB (1 gig)
DirectX: Version 9.0c

Game ni adalah jenis platform-adventure. Abang aku yang suruh aku main dulu tapi aku tak nak sebab intro dia sangat slow (tapi sedih). Tapi bila few minutes main, baru kau rasa betapa bestnya game ni. Bagi aku, game ni cukup perfect dalam segala aspek - character, story, art, music. Dalam game ni, kau akan bermain sebagai watak yang bernama Ori. Aku pun tak tahulah Ori ni binatang apa tapi rupa dia lebih kurang macam musang. Ori ni anak angkat kepada makhluk rupa macam Baymax, namanya Naru. Satu hari, hutan tempat diorang tinggal musnah disebabkan storm and diorang kekurangan makanan so Naru ni mati kelaparan sebab dia asyik utamakan isi perut Ori je. So, tugas Ori ni adalah untuk restore hutan tu balik dengan bantuan dan guide dari makhluk yang bernama Sein.

Dia punya soundtrack memang 10/10 aku bagi! Sangat eargasm dan sangat sesuai dengan tema game ni.




FRAN BOW


System Requirements : MINIMUM:
Windows: Windows 7 or later
Processor: 1.7 GHz Dual Core
Memory 2 GB RAM
Graphics: NVIDIA GeForce GTX 260, ATI Radeon 4870 HD, Intel HD 3000, or equivalent card with at least 512 MB VRAM

Game ni memula aku main download je sebab tengok poster nampak macam best and bila aku google pun, review okay je semua. Size game pun tak terlalu besar so apa lagi, aku pun try. Dalam game point and click adventure ni, kau akan bermain sebagai seorang kanak-kanak perempuan bernama Fran yang katanya, mempunyai penyakit mental (aku tak ingat apa nama dia) after mak dan ayah dia mati kena bunuh dengan ngeri tanpa diketahui siapakah pembunuhnya. Fran ni seorang yang curious dan pandai sebenarnya. Dia ada seekor kucing nama Mr. Midnight yang sentiasa menemani dia. Kekadang, kau akan bermain sebagai Mr Midnight jugak. Fran ni currently dirawat di hospital sakit jiwa kanak-kanak. After dia diberi makan sejenis pil (berwarna merah), dia start nampak benda yang bukan-bukan (dan sangat mengerikan). Persoalan dia sekarang....adakah apa yang Fran nampak tu cuma imaginasinya sendiri atau adakah terdapat another dimension yang boleh dilihatnya disebabkan pil tu? Dan siapakah yang membunuh kedua-dua mak ayahnya?

Apa yang aku sangat suka kat game ni of course firstly dia punya artwork. Serius nice gila...and really creepy dan gore. Second, dia punya story. Kalau story game ni dijadikan movie betul, confirm laku. Bagi aku, emosi yang diberikan dalam game ni adalah sangat balance. Aku tak tahu tahu macam mana nak explain. Contohnya macam...kau rasa Fran Bow ni kan budak lagi. Tapi at such age lagi dia dah kena harungi pelbagai cabaran yang kena melibatkan nyawanya sendiri. Kau akan rasa...why?? Why these things are happening to her? So cruel!! *menangis* Tapi bila dipertengahan jalan, dia jumpa kucing dia, dia jumpa dengan makhluk-mahkluk lain yang baik hati, kau start jadi..."Awwwwwwww~ So sweet I wanna cry" macam tu. That's why aku rasa emosi dalam game ni balance. Sebuah game yang boleh memberikan emosi macam tu kepada pemain, memang patut diadapatasikan kepada filem! Anyway, there are some really difficult puzzles in this game so aku tak boleh habiskannya sendiri tanpa tengok walkthrough.





MEMORANDA


System Requirements : MINIMUM:
Windows: 7 / 8.1 / 10
Processor: 1.7 GHz Dual Core
Memory: 2 GB RAM
Graphics: NVIDIA GeForce GTX 260, ATI Radeon 4870 HD, or equivalent card with at least 512 MB VRAM

Another point and click adventure game. Kalau kau sukakan cabaran dan puzzle yang susah, inilah gamenya. Halfway main, aku langsung tak boleh nak proceed mana-mana kalau tak tengok walkthrough. Compared to Ori dengan Fran Bow, art dalam game ni macam kurang sikit tapi still beautiful jugak in some ways. Aku kurang faham sikit dengan game ni and....the game is so weird like bila kau tangkap gambar manusia dengan kamera insta, nanti keluar gambar binatang. Dan kau boleh tangkap frekuensi bunyi dalam botol. I was like...what??!! It's definitely not the game I want to play twice! LOL.





AMONG THE SLEEP


System Requirements : MINIMUM:
OS: WindowsXP SP2 or higher
Processor: Dual core 2.4GHz
Memory: 2048 MB RAM
Graphics: Video card with 512MB of VRAM
DirectX: Version 9.0

A first-person horror game. Game ni adalah lain daripada yang lain sebab kau akan bermain sebagai seorang bayi! The graphic is very nice. Masa aku memula main, memang meremang bulu roma. Dah la gelap, pastu kau kena merangkak, macam-macam bunyi yang disturbing ada, pastu ada darah kat lantai, pastu masuk dalam satu tempat tapi bila patah balik tempat tu dah tak ada, nak cari mak dalam bilik tapi bila dah sampai bilik, mak tak ada! Expectation aku terhadap game ni sangat tinggi. Tapi bila lama-lama main, sensasi seram tu makin lama makin pudar (tapi still seram la jugak). Bagi aku, the game is more to puzzle. Aku cipta rekod habis main game ni dengan 2 kali mati je (satu kali mati sebab terjatuh, satu lagi mati sebab kena tangkap dengan monster). And monster dia takdelah seram mana. Kalau dalam Fran Bow ada kucing, dalam game ni, baby ni ada teddy bear (hadiah birthday dia). At first, aku ingat teddy bear ni jahat sebab muka dia seram betul. Hahaha..anyway, function la jugak teddy bear tu. Kalau kau rasa takut, kau boleh peluk teddy tu. Nanti teddy akan bercahaya.

Game ni ada hidden mesej sebenarnya. Bila kau dah habis main, kau akan faham monster tu dari mana. Kalau tak faham jugak, boleh google.





LITTLE NIGHTMARES


System Requirements : MINIMUM:
OS: Windows 7, 64-bit
Processor: Intel CPU Core i3
Memory: 4 GB RAM
Graphics: Nvidia GTX 460
DirectX: Version 11

Puzzle-platformer horror game by Bandai Namco. Kau akan bermain sebagai budak perempuan yang bernama Six. Jalan cerita game ni sangatlah blur bagi aku...like...kenapa budak perempuan ni kecik sangat? Siapa budak perempuan ni? Kenapa makhluk pelik tu makan manusia? Siapa sebenarnya manusia? Despite ke-blur-an tu, aku still enjoy main game ni. Cuma kekurangan dia is...the game is too short, aku habis main dalam satu hari je. But I totally recommend this game!






NIGHT IN THE WOODS


System Requirements : MINIMUM:
OS: Windows 7 (64 bits only) or later
Processor: Intel i5
Memory: 4 GB RAM
Graphics: Intel HD 4000

This game is so cute! ...but a bit boring for someone like me. Kau akan bermain sebagai seekor kucing betina bernama Mae. Mae ni lebih kurang macam budak liar la. Suka kacau orang, vandalisme semua. Aku tak habis lagi main game ni sebenarnya so aku sendiri tak tahu game ni pasal apa. Tapi dia memang ada story dia cuma aku jenis yang cepat bosan so everytime ada dialog, aku just tekan next next next tanpa baca. Kalau nak faham story dia, janganlah skip. Apa yang aku faham, this game deals a lot with emotions.






RESIDENT EVIL 7 BIOHAZARD


System Requirements : MINIMUM:
OS: WINDOWS® 7, 8, 8.1, 10 (64-BIT Required)
Processor: Intel® Core™ i5-4460, 2.70GHz or AMD FX™-6300 or better
Memory: 8 GB RAM
Graphics: NVIDIA® GeForce® GTX 760 or AMD Radeon™ R7 260x with 2GB Video RAM
DirectX: Version 11

Semua orang tahu game ni. I am amazed with myself sebab berjaya habiskan main dalam masa 9 jam within 5 days (kalau takde kelas maybe aku dah habiskan lebih awal). Tak sure sama ada game ni yang pendek atau aku yang main laju (rasanya game ni yang pendek). RE7 ni sangat berbeza dengan RE yang aku pernah main sebelum ni. And this is creepier than RE6 walaupun zombi tak banyak. Yang ada cuma makhluk hitam pelik dengan family pelik yang akan cuba bunuh kau. Plot twist pun nice. Berapa minit kau main, kau akan rasa nak terkencing dah. Better jangan main sesorang.


Reactions:

0 comments:

Post a Comment

 
biz.