Wednesday, April 26, 2017

Cara bypass semua link shortener (adf.ly, linkshrink, ouo, linkbucks, bc.vc dll) / How to bypass all URL shortener with ads



Hi semua. Aku tahu, blog ni sangatlah dah tak teratur dah sekarang. Banyak post-post kat sini yang dah outdated sebab aku malas nak update. Tapi aku tak sampai hati nak delete blog ni sebab kekadang aku suka share knowledge baru kat orang. So ini bermaksud, kalau aku ada something nak share, aku akan tulis kat blog ni. Kalau takde, aku akan abaikan je blog ni dan kalau rajin, aku akan balas pertanyaan-pertanyaan korang.

Pada pos kali ni, aku nak ajar korang macam mana nak bypass semua link shortener yang buat duit. Apakah itu link shortener buat duit? Pernah tak, kau pergi satu website ni untuk download anime dan drama. Tapi link untuk download kat website tu semua pakai link shortener in which kau kena tunggu 5 saat untuk continue kepada link download sebenar. Korang tak rasa benda tu annoying ke? Besides, ada link shortener yang mengeluarkan ads yang melampau-lampau.

Pernah pakai extension Adblock Plus untuk Chrome? Aku pernah pakai dulu and it works, aku suka. TAPI......walaupun aku pakai adblock, at certain link shortener website, dia boleh detect kita pakai adblocker! Which means, walaupun ada adblock, kita still tak boleh bypass link shortener tu malah, langsung tak boleh proceed ke website sebenar sampai korang disable dulu adblocker. Annoying sungguh bukan?

Jadi, aku jumpa a new solution, iaitu AdsBypasser! Sebelum aku ajar korang macam mana nak install, kita kenal-kenal dulu dengan dia. :)

Apa yang korang kena tahu is, AdsBypasser ni boleh bypass lebih daripada 800 link shortener website but unfortunately, dia tak boleh block pop-up ads dan tak ada kat Chrome Store. Untuk install extension yang bukan dari Chrome Store ni yang tricky sikit. Jadi, kat sini, aku ajarkan korang 2 benda. First, macam mana nak install extension yang bukan dari Chrome Store. Second, aku ajar korang macam mana nak bypass link shortener yang ada ads. Aku tahu korang malas membaca so ikutilah video tutorial di bawah. Maaf, tak ada text, narration ke what so ever sebab aku pun malas~~


Tutorial ni adalah untuk pengguna Chrome sahaja. Kalau pakai Mozilla, cara dia sama je cuma kalau Chrome guna TamperMonkey, Mozilla guna GreaseMonkey. Dia jugak support untuk browser lain macam Safari dan Opera. Korang boleh bukak terus website diorang lah senang citer.

If you think this post is helpful, please comment thanks down below. Or perhaps you've better method than this, feel free to share your knowledge!



Reactions:

0 comments:

Post a Comment

 
biz.