Wednesday, April 26, 2017

3 website bagus yang anda mungkin tidak pernah dengar

1. ecwid


Zaman sekarang, terdapat banyak kaedah yang boleh dipilih oleh seseorang usahawan untuk membuka kedai online mereka sendiri. Macam-macam...tapi as for right now, kedai ig dan carousel lah yang paling popular. Namun, ig hanyalah merupakan satu laman sosial yang sepatutnya hanya berfungsi sebagai medium untuk mempromosikan produk atau menyampaikan berita. So, untuk meng-establish satu bisnes yang berjaya, seseorang usahawan perlulah mempunyai laman sesawang rasminya yang tersendiri agar kelihatan professional. Tujuan mempunyai laman sesawang sendiri juga adalah tak lain dan tak bukan, meng-install fungsi online store yang dikawal oleh sistem bagi menambah kepuasan pengalaman ber-shopping pelanggan.

Di website ecwid ni, korang boleh bukak online store dengan hanya sekelip mata secara percuma! Tak perlu susah-susah buat website from scratch, handle database semua ke apa sebab fungsi online store dari website ni boleh di-install di Blogger korang. Ya, Blogger. Walaupun percuma, untuk memilih kaedah pembayaran tertentu, iPay88 misalnya, korang still kena bayar untuk servis iPay88 tu (bayar kepada company ipay bukan ecwid). Kalau korang rasa website ni macam menarik, aku dah ready-kan satu demo untuk korang tengok sendiri betapa coolnya fungsi ecwid ni. Here's the demo website.




2. fakemailgenerator



Sila abaikan iklan 18+ itu. Seperti nama websitenya, website ini berfungsi untuk meng-generate emel palsu untuk anda. Sesuai digunakan untuk korang yang ingin mendaftar akaun di suatu laman web yang korang tak tahu bagus mana servisnya selagi tidak mendaftar sebagai ahli di situ. Kalau korang tak nak guna emel yang dia generate pun tak apa. Korang boleh ikut suka bubuh nama apa yang korang nak. Macam kat atas, aku letak 'sayasukaayamgoreng'. Tapi apa yang bagusnya tentang website ni kan....walaupun emelnya fake, korang still boleh receive emel. Sebagai contoh, korang buat akaun facebook pakai fakemailgenerator. Di fakemailgenerator, korang akan receive email confirmation untuk mengaktifkan akun facebook anda. Okay.....please jangan salah gunakan fake mail ni. Lol

3. gocardigans



Jangan salah faham, website ni bukanlah website menjual cardigan terpakai tetapi website untuk membuang tweet-tweet lama anda ke dalam tong sampah buat selamanya. Website ni sesuai bagi orang-orang yang ingin meng-delete tweet diorang secara banyak sekaligus. Kadang, kita nak delete tweet yang sangat lama tapi bila scroll-scroll, tengok-tengok dah sampai limit twitter tak kasi scroll. Kat gocardigans ni pun ada limit tweet yang dia paparkan tapi dia akan ajarkan caranya untuk korang retrieve tweet-tweet lama tu.

 Kenapa nak delete, baik buat akaun baru je? Well...semua orang ada reason yang tersendiri. Mungkin diorang selalu rasa insecure kalau tweet banyak-banyak atau rasa nak buang semua tweet-tweet lama dia yang memalukan?



Itu saja untuk hari ini. Aku tulis tak menyeluruh sangat so pepandailah korang explore sendiri website-website yang dimentionkan di atas kalau ada yang menarik perhatian korang. Kalau korang ada website lain yang korang rasa bagus dan ingin dikongsikan, silalah kongsikan diruang komen.


Reactions:

0 comments:

Post a Comment

 
biz.