Friday, October 30, 2015

#1 Random Things: Movie

Lama gila tak update blog sebab takde idea langsung nak tulis apa. Dulu aku buat blog pun sebab nak buat duit. Tapi hampeh...bertahun tahun, still RM5 dalam nuffnang. Hahaha. Harini...aku nak tulis some random things yang tetibe terlintas kat fikiran aku. Tapi dalam post ni, aku nak cakap pasal Movie je sebab 'things' yang aku nak tulis tadi tetibe hilang tah ke mana. Maybe akan aku tulis kat post2 yang akan datang.

Movie

Dulu aku pernah teringin nak jadi pengarah filem. Aku nak buat filem yang canggih2 dan best gila. Aku nak buat filem yang orang Melayu takut nak buat atau tak pernah buat. Aku nak buat filem macam filem Hollywood. Sebenarnya, sekarang pun aku masih simpan lagi cita2 nak jadi pengarah filem. Minat tu mula berputik everytime aku tengok citer Hollywood kat pawagam. Cerita macam Real Steel, Mission Impossible: Ghost Protocol, Jack the Giant Slayer,  Pacific Rim, Maleficent dan banyak lagi betul2 buat bulu roma aku meremang. Aku sangat kagum dengan kesan khas dan CGI dalam filem2 Hollywood serta idea2 diorang untuk cipta satu storyline dan karakter yang hebat. Kadang, yang mana satu orang betul, mana satu ciptaan komputer pun kita tak boleh nak beza sebab nampak real sangat. Tapi, sekarang aku nampak macam filem2 tempatan sudah sikit2 membangun...

Actually bukan benda tu yang aku nak citer sebenarnya. Aku nak komen pasal movie bergenre cinta atau movie yang ada selitkan sedikit pasal percintaan. Aku tak suka cerita cinta yang nampak mudah. Contoh, macam most Hollywood movies, baru kenal sehari dua, dah bercium, dah bawak balik rumah dan sebagainya. Kadang buat aku rasa benci kat movie tu sebab aku rasa macam..."Aik? Senangnya?". Ok,...maybe tu disebabkan citer omputih...omputih kan kau tahu lah budaya dia macam mana...asyik2 nak berseronok.

Kalau aku jadi pengarah filem dan ingin membuat filem berunsurkan percintaan, kemungkinan besar aku akan buat cerita cinta yang sedih like cinta bertepuk sebelah tangan. Cerita yang sedih tak semestinya kena berakhir dengan watak utama dia mati. Sebab apa aku nak buat cerita macam tu? Sebab pada sudut pandangan aku, bukan senang nak cari cinta. Bukan senang macam buku terjatuh pastu terpegang tangang pastu dua dua suka sama suka. Not like that. Bagi aku, ya kita boleh jatuh cinta at anytime tapi adakah senang untuk orang yang kita suka, suka kita balik? Even kau cantik gila pun, ramai orang suka kau, tapi mesti ada orang yang nampak kau macam biasa2 je. Mesti. Sebab apa? Sebab cantik itu subjektif. Definisi cantik bagi setiap orang adalah berbeza. Sebagai contoh, bagi kau, mata sepet, muka lonjong, hidung mancung itu cantik tapi bagi aku, mata bulat, hidung besar, muka petak itu cantik. Cinta bukan diukur dari segi rupa paras semata-mata tapi juga diukur dari aspek2 lain seperti personaliti. TAPI bende pertama yang korang akan pandang of course, yang cantik kan? Jangan nak tipu. Lumrahlah kan...manusia suka akan kecantikan.

Back to topic asal. Sejujurnya, aku tak expert pun pasal cinta sebab aku tak pernah in a relationship  before (pernah sekali tapi tak sampai seminggu sebab aku tak suka laki tu pun sebenarnya :v). Aku suka akan kisah cinta yang 'impossible'. Contoh orang miskin dengan orang kaya (atau cinta beza taraf), cinta antara guru dengan anak murid, cinta antara darah daging atau cinta sama jantina.

Pernah tak waktu sekolah menengah dulu kau jatuh cinta kat cikgu practical korang? Atau tak kisah lah cikgu practical ke cikgu dah dekat nak pencen ke. Bagi aku, it's not impossible for the relationship to happen sebab mak bapak aku sendiri pun jurang perbezaan umur adalah 20 tahun. Not impossible jika kedua2 pihak dah ada akal dan dah matang. Tapi pada pandangan certain people, it's satu benda yang hina bila cikgu dengan anak murid tu in a relationship. Orang akan anggap...cikgu ni pergi sekolah tugas dia mengajar anak murid supaya jadi orang berjaya bukannya cari jodoh di kalangan budak sekolah. Walaupun relationship diorang tu sebenarnya possible untuk berjaya, tapi, bagaimanakah diorang akan handle cacian dan hinaan orang lain? Adakah diorang akan give up sebab tak tahan dengan cacian orang sedangkan hati masing2 masih ada rasa sayang? Adakah watak2 utama boleh bersabar? Apakah decision yang watak utama akan buat? Tinggalkan orang yang mereka cinta? Bunuh diri? Move on dengan orang lain? Yakinkan orang lain? Haaa...same goes to cinta antara darah daging and yang sama jantina. Bezanya, this kind of relationship will never be possible sampai kiamat. Cinta antara darah daging ni bukan macam tinggal satu rumah lepas tu tetiba tersuka. Macam mana kalau tetiba kau dapat tahu rupa2nya fiance kau adalah adik kau sendiri? Ha..dah nak kawin ni...dah siap plan wedding lagi...sekali dapat berita macam tu. Haha...kisah cinta sama jantina ni...aku nak tengok macam mana watak dia hold emotions dia. Sebab like aku cakap, you can fall in love at anytime...maybe hari ni kau straight tapi tetiba Allah nak bagi kau dugaan sikit, kau tersuka kat pengkid ke camne. So...kat sini, aku nak lihat, macam mana  watak utama dia melawan perasaan suka tu. Adakah dia berjaya? Adakah tidak? Kesimpulannya, aku suka cerita cinta yang pelik2 semua camni sebab nak tengok watak2 dia buat decisions selain mengetengahkan yang perasaan suka, it's not a choice and it's not easy to change.

Ok...itu semua kisah cinta yang dikategorikan sebagai 'tak normal'. Bukan aku tak suka cerita cinta yang ada happy ending...aku suka cerita yang mengajar something kepada penonton2. Ajar pasal realiti kehidupan dan berhenti daripada berfantasikan kisah cinta yang agak mustahil untuk berlaku in real life. Relationship goals la pe semua tu...maybe, ya, sesetengah orang tu dia agak beruntung...kisah cinta dia senang dan dikurniakan kekasih yang sweet2 kononnya tapi tak semua orang beruntung kay. So how about we create a love story yang menyentuh hati penonton. Pernah tengok cerita 5 Cm Per Second? Ha...aku nak penonton rasa macam apa yang aku rasa time tengok cerita tu. Cerita yang bagus adalah cerita yang orang boleh relate in real life diorang. Kalau nak buat citer merepek, tulis cerita fantasi je terus senang. Aku cakap camni maybe sebab ada banyak lagi cerita cinta yang best aku masih tak tengok (aku dah tengok TFOS dan awal2 lagi aku tak suka) kot...jadi kalau korang rasa ada cerita cinta yang rasa2 nya lain daripada yang lain or cerita cinta yang bebetul feeellsss, silalah rekomen kat aku.

P/S: Dalam otak aku ni penuh dengan idea nak buat kisah cinta tapi malas nak tulis atau lukis..
Reactions:

1 comments:

 
biz.