Wednesday, April 29, 2015

Convert torrent kepada direct link

Assalamualaikum semua~ (。´∀`)ノ

Dah lama gila tak tulis apa-apa kat blog ni. Hari ni tetiba aku terasa cam rajin sikit nak nulis. So kat sini aku nak share sedikit ilmu pengetahuan aku yang aku dapat beberapa bulan lepas dari internet (aku tak ingat apa website tu tapi yang aku ingat ia didirikan oleh orang melayu) kepada korang yang suka mengdownload movie or download pape jelah.

Sesetengah orang tak suka torrent (aku ler) sebab speed download kena ikut bilangan seeder. Bagi mereka yang tak ada seedbox, kadang-kadang, walaupun ada internet connection yang laju pun, speed download dia tak tetap sebab bila download torrent, kita bukan sahaja meng-download, tapi meng-upload (seed) sikit sikit. Pastu, bila kita off PC, torrent tu pun akan otomatik ter-pause download. Jadi, kita mesti akan cuba mencari ikhtiar lain untuk download file yang kita nak tu. Nak beli seedbox, mahal. Nak cari link lain kat internet, tak jumpa. Last-last, kita akan terfikir untuk menukarkan file torrent tu kepada direct link.

Ada banyak website yang menyediakan servis menukarkan torrent kepada direct link. Tapi, kebanyakan website, servis & function dia limited. Contohnya, file tak boleh lebih 1 GB lah, storage limited lah, tak boleh guna link magnet lah, kena tunggu lama untuk convert lah. Mungkin, korang pun tahu dan ada guna servis dari website lain sebelum ni.....ha ha. But disebabkan aku suka guna servis dari website ni, so aku pun nak rekemenkan lah korang guna website ni. Website HIVE !


Ok, tak payah banyak buang masa lagi, let's start the tutorial on how to convert torrent to direct link!

Step 1


Apa-apa hal, korang mesti lah kena daftar dulu. Aku rasa tak perlulah kot aku nak tunjuk kat sini cara-cara nak daftar. Tekan Open The Chrome Web App untuk daftar.

Step 2


Cari lah file torrent apa yang korang nak. Kalau kaki movie, website yts.to ni mesti dah tak asing bagi korang. Jadi, kat sini, aku tunjuk tutorial if nak download torrent dari website ni dulu.



1. Tekan butan Download warna hijau tu.



2. Nanti keluar kotak kat paparan skrin korang. Ok. Korang boleh pilih sama ada nak guna link magnet atau download. Kat sini, aku guna link magnet sebab aku jenis orang yang malas delete file yang dah tak guna kat PC.. Untuk dapatkan link magnet, Right-click pada gambar magnet tu dan Copy Link dia. 

Kalau korang download dari website kickass pun sama je.


Step 3



Pergi ke Hive korang. Klik pada Add Files, kemudian klik pada butang '+' warna pink seperti dalam gambar di atas.

Bila tekan butang '+' tadi, dia akan jadi macam ni. ↑
Butang Pink untuk cancel add file.
Butang Oren untuk upload file dari PC korang.
Butang Biru untuk paste web link.

Disebabkan tadi aku guna magnet link, aku pun kliklah pada butang biru.


Lepas klik pada butang biru, korang akan nampak dia suruh paste kan link.  Ha, paste lah magnet link yang dah korang copy dari website yts.to tadi. Tekan CTRL + V untuk paste sebab dia tak kasi right click.

Dah paste, tekan butang pink tu. Done.


Kalau ramai seeder, it only took 2 seconds untuk file tu dia convertkan.

Step 4



Tekan butang seperti yang dipetakkan dalam gambar di atas and your file is downloading at full speed~ :)

Step 5 (Optional)


Kalau korang nak download pakai IDM pun boleh. Aku tak tahu sama ada IDM aku yang bermasalah ke apa, dia automatic download kat Firefox bukan IDM. Kalau korang mengalami masalah yang sama, follow these steps.


1. Tekan OK je dulu.


2. Cancel download. Pastu Right-click dan Copy Download Link.


3. Paste Link kat IDM.


Mula-mula dia detect file as download.html. Korang tunggu je beberapa saat until...


...there!

Enjoy full speed download~
So amacam? Senang dan pantas bukan? Tak payah pakai torrent client pun untuk download. :D

Kelebihan HIVE:
-Unlmited cloud storage
-Boleh stream (unlimited jugak)
-Convert laju gila
-Walaupun off browser atau PC, file masih boleh diconvertkan. Tapi jaranglah off PC sebab dia convert laju sangat.
-Kalau ada kawan guna hive jugak, kita boleh tengok media yang kawan kita share. (Bagus sebab maybe kawan kita ada file rare yang kita tak ada. Kita just pergi hive kawan kita tu dan sedut je)

Dan banyak lagi kot....tapi, hive boleh convertkan hanya public torrent tau. Private torrent takleh.


Contoh stream. Boleh full screen. Kalau video bukan hardsub, boleh upload subtitle (tekan cc).

Tapi, macam biasalah. HIVE pun ada feature-feature dia yang kita kena beli. Tapi bagi aku, tak payah guna akaun PREMIUM, akaun FREE pun dah cukup memuaskan gila. If you ask me app untuk phone dia ok ke tak, itu aku tak tahu sebab aku tak pernah cuba. Setakat ini je yang aku ajar korang. Yang selebihnya, korang discover la sendiri. Hik hik. Jangan lupa bertanya jika terdapat sebarang soalan. ;-)

Reactions:

1 comments:

 
biz.