Friday, November 01, 2013

Review jam ZIIIRO (Unboxing dan panduan untuk membeli ZIIIRO)

Sebernarnya aku nak buat video review tapi rasa macam malas pulak sebab akan memakan masa yang lama. Kang kalau dibiar lama², memang aku tak jadi nak buat review langsung lah. Hehe.

Setakat ni, di Malaysia, hanya ada 2 official reseller je iaitu BONKRS (kini dikenali sebagai ZUBOT) dan Fantasywatch4u. Korang boleh beli dari mana² KEDAI ONLINE yang aku nyatakan tadi sebab ke-dua² nya trustworthy. Bezanya, ZUBOT berada di semenanjung Malaysia manakala Fantasywatch4u location nya di Sabah. Nak tahu lebih lanjut pasal kedai² ni, tanya direct terus je kat owner dia sendiri:

ZUBOT FB Page
Fantasywatch4u FB Page

Jadi, aku pun dah beli satu jam ZIIIRO dari kedai Fantasywatch4u. Penjual dia, memang aku kata....sangat mesra pelanggan lah! (Y) Courier service yang digunakan ialah GDex...jam aku sampai selepas 2 hari seller dia post. Aku tinggal kat Selangor dan barang ni pulak dari Sabah, kira ok la tu 2 hari kan?


Kita mula dengan unboxing dulu...


Pen tu ialah free gift daripada seller.






Yang terdapat dalam kotak:
-Jam (of course)
-Buku panduan yang mengandungi:
  -Cara nak baca waktu
  -Cara nak setting jam
  -Cara nak adjust clasp ikut saiz pergelangan tangan
  -Cara nak jaga jam


 




Actually aku nak beli latest ZIIIRO Celeste yang warna purple/biru tu tapi masalahnya takde stok. Sementara nak tunggu sampai jam purple tu ada stok, aku beli je ZIIIRO Celeste Gunmetal Mono ni dengan harga RM630. Haritu murah lagi RM610 tapi sekarang dah naik sebab mata wang Eropah pun tengah naik. Untuk yang tak tahu, jam ZIIIRO ni buatan German. Hmm..dari tarikh aku post entri ni, aku rekomen korang beli cepat sebab stok kedai diorang dua² limited. Kalau korang beli dan habiskan stok diorang, boleh lah aku jual jam ni kat sesapa yang nak dan beli yang purple punya. Hehehe.

Okay, kenapa aku beli Celeste? Kenapa aku tak beli Gravity, Mercury, Aurora, Ion dan Saturn (jam yang tiada di kedai ZUBOT dan Fantasywatch4u aku tak mention kat sini)? Kita go through slowly...

ZIIIRO Celeste dikerluarkan dalam 5 jenis iaitu Chrome - Colored (gambar 1), Gunmetal - Colored (gambar 2), Gunmetal - Mono (gambar 3), Gunmetal - Black (gambar 4) dan Chrome - Purple (gambar 5). Chrome, Gunmetal dan Black tu adalah warna untuk strap dia.


Jadi, kenapa jam ZIIIRO Celeste menjadi pilihan aku? Aku target nak beli ZIIIRO Mercury ni lepas kecewa dengan ZIIIRO Gravity yang saiznya tak sesuai untuk aku. Mercury dengan Gravity ni lebih kurang sama je cuma bezanya ialah strap. Mercury menggunakan strap stainless steel dan semestinya lagi mahal. Selain tu, Mercury jugak ada penanda untuk membantu korang membaca waktu jam dengan lebih tepat. Begitu jugak dengan Celeste. Boleh dikatakan ke-dua² Mercury dan Celeste berkongsi ciri yang sama tapi aku lebih prefer Celeste. Celeste lagi unik dipandangan mata aku sebab dia ada kecenderungan warna yang boleh berubah-ubah (lihat video aku buat dibawah walapun macam tak berapa jelas videonya). Dari warna biru bertukar jadi biru gelap, bertukar jadi putih dan bertukar menjadi hitam. Kalau beli yang colored punya mesti lagi lawa!


Selain tu, aku pilih Celeste jugak adalah disebabkan penunjuknya. Bila kita tengok, Mercury berbentuk bulat di hujungnya tapi Celeste berbentuk lurus/leper (lihat gambar). Tapi faktor ni ikut keselesaan korang la. Kalau aku, aku lagi suka yang lurus sebab lagi tepat dan senang nak tengok waktu. Apa yang best, orang saiz pergelangan kecil atau besar, ke-dua² mereka sesuai memakai jam ni sebab strap dia boleh adjust dari 13.50 cm hingga 20 cm (saiz sama bagi semua jam ZIIIRO yang berstrapkan stainless steel). Dan, setelah aku memakainya, satu benda yang kurang menyelesakan ialah strapnya mencabut bulu roma aku. Itu memang standard la bagi jam² yang berstrapkan macam ni. Review dari pelanggan yang lain, diorang kata lepas dah lama pakai Mercury/Celeste clasp dia makin lama makin longgar sehingga boleh tercabut kalau pakai jugak. Tapi aku rasa, kalau korang tak asyik² adjust clasp dia, takkan jadi longgar punya la. Emm...lagi, semua jam ZIIIRO water resistant 3ATM.


Spesifikasi penuh untuk ZIIIRO Celeste:

Walaupun cinta pandang pertama aku adalah pada ZIIIRO Gravity dan harganya pun kedua paling murah berbanding yang lain, bila aku buat research balik sebelum nak membelinya, ramai pelanggan ZIIIRO mintak strap dia dikecikkan sikit. Saiz pergelangan tangan yang sesuai untuk memakai ZIIIRO Gravity ialah dari 15.50 cm hingga 19 cm (orang asia kecik² je). Saiz ini semuanya sama bagi semua jam ZIIIRO yang menggunakan strap silikon seperti ZIIIRO Aurora dan ZIIIRO Orbit. Tapi yang menariknya Gravity ni, strap dia boleh ditukar! Ada macam² warna dan selain daripada strap silikon, ada jugak strap transparent dan nylon yang saiznya lebih kecil iaitu diantara 13 cm hingga 15.50 cm. Cuma yang payahnya, harga strap dia pun mahal jugak...kalau korang berduit, tak kisahlah. Kalau nak jam yang dah siap² menggunakan strap transparent/nylon yang lebih kecil ni, korang boleh beli ZIIIRO Proton atau ZIIIRO Ion. Review dari pelanggan ZIIIRO yang lain juga ada yang mengatakan strap silikon ni kalau korang pakai dengan baju lengan panjang, baju korang akan melekat kat jam tu. Habuk jugak senang melekat so kena rajin² lah bersihkan. Mengikut pengalaman aku memakai jam ber-strapkan silikon, strap nya memang cepat kotor.

Aurora dan Proton. Perbezaannya ialah pada strap. Strap Aurora merupakan strap silikon dan lebih besar daripada Proton.

 Ion, Gravity dan Orbit.

Kenapa aku tak beli ZIIIRO Saturn walaupun ia adalah satu²nya jam ZIIIRO yang mempunyai backlight? Sebabnya senang; mahal sangat dan terlampau besar bagi aku. 'Besar' maksud aku bukanlah dari saiz strap nya tetapi dari segi 'muka' nya. Dengan ini, berakhirlah sudah review aku ke atas jam ZIIIRO.

Saturn.

Esok² kalau korang jadi nak beli ZIIIRO, take this note (kalau ada sapa² yang dah beli, nak tambah apa² kat pros & cons ni, komen je kat post ni):

ZIIIRO Gravity
KEBURUKAN: strap besar (15.50 cm - 19 cm) - strap cepat kotor - tiada penanda untuk membaca waktu dengan lebih tepat - strap mahal
KEBAIKAN: ada banyak warna - strap boleh tukar warna lain atau lebih kecil - affordable

ZIIIRO Orbit & Aurora
KEBURUKAN: strap besar (15.50 cm - 19 cm) - strap cepat kotor - strap mahal
KEBAIKAN: ada banyak warna - strap boleh tukar warna lain atau lebih kecil - ada penanda untuk membaca waktu dengan lebih tepat - affordable

ZIIIRO Ion
KEBURUKAN: tiada penanda untuk membaca waktu dengan lebih tepat - tidak unik
KEBAIKAN: strap yang kecil (13 cm - 15.50 cm) - minimalis - paling murah

ZIIIRO Proton:
KEBURUKAN: masih tak dapat dikenal pasti
KEBAIKAN: ada penanda untuk membaca waktu dengan lebih tepat - strap yang kecil (13 cm - 15.50 cm)

ZIIIRO Celeste & Mercury:
KEBURUKAN: mahal - strap boleh mencabut bulu roma
KEBAIKAN: stainless steel strap - ada penanda untuk membaca waktu dengan lebih tepat - adjustable size strap (13.50 cm - 20 cm)

ZIIIRO Saturn:
KEBURUKAN: paling mahal (almost RM800) - strap boleh mencabut bulu roma
KEBAIKAN: ada backlight - jam digital - stainless steel strap - adjustable size strap (13.50 cm - 20 cm)

p/s: Ada sesapa tak willing untuk translatekan post ni dalam English..? Maybe ada Malaysian yang tak reti b. melayu nak baca kang tak faham pulak...

p/s 2: dalam gambar, Celeste nampak kurang menarik tapi cubalah ia sampai kat tangan korang sendiri...~ perghhh!!! awesome!!!
Reactions:

3 comments:

  1. Cantik sgt... Info nie sgt berguna heheheh tq bro....😊😊😊

    ReplyDelete
  2. Aku pun pemilik celeste sejibik cam ko bro. Jam ni mmg awesome n ramai yg berminat. Kalau post kt social media, ade je soklan pasal jam. Bdw, aku berminat utk beli saturn, tp bagak sngt ke jam tu berbanding dgn saiz celeste kita ni?

    ReplyDelete

 
biz.