Monday, September 17, 2012

Introducing...Joota

http://www.joota.com

Memperkenalkan, laman web Joota. Apa tu Joota? Aku masa mula-mula dulu pun aku tak faham sangat konsep dia. Sekarang, sikit-sikit aku dah mula faham. SIKIT.

Tengok dulu video ni.



Joota ni sesuai lah untuk orang yang suka sharing. Korang boleh share semmmmmuaaa benda yang korang suka; minat, cenderung, atau hobi di internet samada dalam bentuk video, foto, flash dan lain-lain. Yeah, semuaaaa pasal KORANG.



Nanti bila korang dah daftar, dia akan bagi satu javascript dan suruh korang bookmark. Bila korang ada sesuatu yang nak di-share ketika melayari apa-apa je laman web, tekan javascript tu dan tunggu dia activate. Bila dah activate, korang mouseover kat benda yang korang nak share, nanti ada keluar 'J bubble' . Tekan 'J bubble' dan automatic korang akan mencipta 1 'Joot Card'

J bubble
Joot Card
So, automatic juga, benda yang korang minat tu telah di-share dengan para jooters yang lain di Joota. Selain tu, Jooters yang mempunyai minat yang sama ngan korang jugak boleh save Joot Card korang dan letak di deck diorang. (Tu gunanya mende ni, "Collect and share what you like, with people you like"). Korang boleh edit Joot Card ni dengan letak title, description, tag dan kategori yang menarik bebila masa. Then, lepas korang dah jooting bebanyak, bolehlah edit Deck korang pula.

Joot Cards


Joot Card korang.


















Setelah membuat dan mengemaskini deck.

Jom cekidaut and try it now!



Reactions:

0 comments:

Post a Comment

 
biz.