Saturday, December 03, 2011

Once Upon A Time

Korang pernah tengok cerita bersiri Once Upon A Time? Kalau tak pernah tengok, jom tengok. Cerita ni baru lagi, setakat ni, baru je 5 episod disiarkan kat ABC. Bukan kat negara kita yek...kalau nak tengok, kena download. Hehehe. Seperti tajuknya, cerita ni adalah pasal fairytale. Terdapat banyak watak fairytale di dalam cerita ni seperti Snow White, Cinderella, Rumplestiltskin, Evil Queen, Prince Charming, Jiminy Cricket dan macam-macam lagi.


Teraju utama cerita ni adalah Snow White. Snow White telah diselamatkan oleh Prince Charming setelah termakan epal jampi Evil Queen. Snow White dan Prince Charming pun berkahwin sesudah  itu. Namun, ketika majlis perkahwinan Snow White, Evil Queen mengugut mereka bahawa dia berjanji akan membuatkan hidup mereka tidak aman dengan menjatuhkan satu sumpahan tidak lama lagi. Disebabkan takut akan ancaman Evil Queen, mereka pun bertemu dengan Rumplestiltskin untuk mengetahui bagaimana sumpahan itu boleh dihapuskan jika ia benar - benar akan berlaku. Setelah membuat perjanjian dengan Rumple iaitu dia ingin mengetahui nama anaknya, dia pun memberitahu satu-satunya cara untuk menghapuskan sumpahan itu iaitu, anak yang dikandungkan oleh Snow White. Snow White menamakan anaknya itu Emma Swan. Dialah satu-satunya yang dapat menghapuskan sumpahan itu. Sumpahan apa itu? Heheheheheh...kenalah tengok........(sori, aku memang sucks dalam membuat sinopsis...ngehehehe...)


Emmmaaa!!!






Walaupun Evil Queen tu evil, dialah watak peberet ku....huhuhu...kalau nak download, klik link kat bawah. Maaf ye, subtitle cari sendiri~ Kalau aku rajin nanti, aku akan edit entri ni dengan subtitlenya sekali. :

Episod 1
 
Episod 2
 
Episod 3 

Episod 4

Episod 5

Cerita ni akan disiarkan setiap hari ahad. Kalau nak download, rajin - rajinlah bukan link ni yek... --> http://www.oneddl.com/tag/once-upon-a-time/
Reactions:

0 comments:

Post a Comment

 
biz.