Thursday, May 19, 2011

Jam tangan ZIIIRO bakal menjadi kegilaan !

UPDATE!!! (1/11/13) - Review jam ZIIIRO aku (yup, aku dah  ada ZIIIRO!!!)

Argh! Ke-obses-an aku terhadap jam tangan semakin menjadi - jadi! Selama ni, aku hanya beli jam tangan 10 - 20 ringgit yang jual kat pasar tu je. Tak dapat nak menahan dari membelinya sebab semuanya cantik - cantik belaka. Tapi kali ni taste aku dah berubah kot. Aku suka jam yang lebih RARE, ORI lagi BRANDED! Wohoo.. Ini dia, jam tangan ZIIIRO buatan Jerman!


Smart tak? Smart kan? Ok, aku nak jelaskan dengan lebih terperinci lagi kat korang pasal jam ni.
Jam ZIIIRO terdiri daripada 4 jenis je setakat  ni iaitu :
1. ZIIIRO Aurora

2. ZIIIRO Orbit

3. ZIIIRO Gravity


4. ZIIIRO Mercury


Wahaha..unik kan? Sebelum korang beli jam ni, korang patut belajar dulu cara - cara nak tengok jam dari aku. Aku bukannya nak perlekehkan korang sebab jam ni sebenarnya memang tricky sikit! Kalau tak, sia - sia jela korang beli....

Klik image untuk enlarge!
Bagi ZIIIRO Aurora, waktu akan display dalam 3 warna iaitu biru, kuning dan hijau.
Biru = Jam
Kuning = Minit
Biru + Kuning = Hijau = Jam + Minit

Haish, aku pun tak tahu camne nak terangkan. Pandai - pandai koranglah.

Next is ZIIIRO Orbit. Yang ni senang sikit sebab dia macam jam jarum biasa cuma takde nombor je. Benda bulat yang warna putih tu menunjukkan jarum pendek dan yang warna pink tu (warna berubah - ubah mengikut warna jam) menunjukkan jarum panjang. Hmm...mudah.

ZIIIRO Gravity pun senang gak lah. Yang bosar tu akan menunjukkan jam. Yang kecik tu menunjukkan minit. Senang je...

Jam ZIIIRO Mercury ni sama gak lah cam Gravity tadi. Beza dia cuma appearance je. Jam ni nampak lebih professional dan lagi sesuai untuk orang dewasa.

cara-cara nak ubah waktu dan strap jam korang...
Wow, walaupun aku tak nampak tapi aku tahu mesti korang tengah teruja gila sekarang ni kan? Tapi sori, jam ni belum ada di pasaran Malaysia yek! Satu - satu cara nak beli adalah dengan visit ZIIIRO official web dan beli secara online kat situ. Jangan kecewa sebab harga jam tu dalam EUR! Check out harga jam ni!

Gravity : 110 EUR (RM440) / 120 EUR (RM480)
Mercury : 149 EUR (RM596)
Aurora : 129 EUR (RM516)
Orbit : 129 EUR (RM516)

Budget cukup tak? Ops lagi satu...kalau jam tu harga bawah 140 EUR, kena tambah RM35 bagi shipping cost. Gila tak gila tuh?

Dah tu je. Heharap sangat jam ni takkan dijual di Malaysia sebab aku tak suka tengok sana sini bersepah orang pakai jam unik Jerman versi pirate. Heharap aku dapat beli jam ni...Urh...

Jam ZIIIRO boleh beli di Bonkrs.com



p/s~ Dah tukar kata ganti diri dari 'saya' ke 'aku'..hahaha...
Reactions:

13 comments:

  1. Kalau nak beli jam ni dari m'sia, ada kena tax tak?

    ReplyDelete
  2. tak? haha...kena kot...

    not so genius.

    ReplyDelete
  3. Kat Malaysia buat masa skrg, jam tidak dikenakan cukai. Mana2 kedai jam yg kononnya cakap DUTY FREE, itu sekadar strategi pemasaran ja. Kalau kita beli sendiri secara online, samada eBay atau Amazon pun takda masalah. Takda cukai akan dikenakan kepada kita.

    ReplyDelete
  4. sekarang dah ada kedai online jual jam ni kat malaysia...pi beli sana. plus, ada promosi...

    ReplyDelete
  5. kedai online jam ni ade kat mane?berminat nk beli..

    ReplyDelete
  6. Sori......bulan puasa tahun lepas diorang kata ada jual....aku pun dah order ngan orang tu tapi tetiba lak.....kedai jual jam ZIIIRO online tu kata dia x leh contact ngan supplier dia....so, belum ada kedai lagilah yang jual ZIIIRO kat Malaysia ni....hampeh.. :(

    ReplyDelete
  7. Hi cik Aliya,

    Kami dari Bonkrs.com, official reseller untuk jam tangan Ziiiro di Malaysia. Kalau cik berminat bolehlah tempah satu. Free shipping guna Poslaju.


    M Hisyam
    Bonkrs.com

    ReplyDelete
  8. may i know a round how much for this watch ?

    ReplyDelete
  9. Saya ade sepasang jam ziiro gravity..nak jual..wasap 0192457370 utk info..kaler putih dan pink sesuai utk buat hantaran..

    ReplyDelete
  10. Ziiiro watches are available in Malaysia.

    Do pm us https://carousell.com/tokengift
    15% discount while stock last. Thanks

    ReplyDelete

 
biz.