Sunday, May 29, 2011

Cikgu Shida berlakon !


Sape tak kenal Cikgu Shida? Ratu miming tuh..? Ok, aku bukan fan Cikgu Shida. Aku tak suka dia buat miming2 tu sbb mcm tah pape; x de keje lain. Tapi aku kagum dgn dia....walaupun dedulu ramai org x terima dia, dia masih tabah. Dan di sini aku nak ucapkan tahniah kat Cikgu Shida sebab dpt lamaran berlakon dalam telefilem oleh syarikat perfileman. Wow, sape sangka kan? Dedulu, miming just untuk suka2. Then dapat perhatian orang ramai dan sekarang....dari selebriti youtube dah jadi pelakon...bertuahnya....

Berkenaan dengan telefilem tu, ia akan ditayangkan time Raya Aidilfitri depan (x lama lagi tuh!). Tajuk telefilem tu adalah 'Cikgu Shida Cari Jodoh'. Citer ni berkisar tentang sorang cikgu pompuan yg perangai gila2 dan ada gak terselit unsur suka duka kehidupan seorg cikgu (komedi kutt..). Penggambaran bagi telefilem tu akan start Jumaat nih! :)


Petikan dari akhbar Harian Metro
PARIT: “Saya akhirnya ‘dilamar’ tetapi bukan daripada jejaka untuk dipinang, sebaliknya tawaran berlakon dalam sebuah telefilem,” kata ratu miming, Roshida Abd Aziz, 30, (gambar) atau dikenali sebagai Cikgu Shida yang kini popular di kalangan pelayar Internet tempatan apabila klip video miming diciptanya meraih populariti luar biasa selepas ditayangkan di laman web Youtube.
Cikgu Shida yang masih bujang dilamar sebuah syarikat perfileman baru-baru ini untuk berlakon dalam sebuah telefilem bertajuk ‘Cikgu Shida Cari Jodoh’ yang bakal ditayangkan pada Aidilfitri depan.
Telefilem 90 minit itu akan memulakan penggambaran Jumaat ini, dan paling menarik, Cikgu Shida akan tampil sebagai pelakon utama.

Cikgu Shida yang ditemui di kediamannya di sini semalam berkata, dia menerima tawaran itu dan menganggap ia rezeki buatnya, malah tidak sabar-sabar mahu mencuba bidang baru itu.

“Tajuknya menarik... Cikgu Shida Cari Jodoh, malah saya difahamkan telefilem itu berkisar mengenai seorang cikgu wanita yang gila-gila selain turut menyelitkan kisah suka duka dan kehidupan seorang cikgu.

Baca sepenuhnya di myMetro...
 Pergi ke blog CIkgu Shida...
Reactions:

1 comments:

 
biz.