Monday, March 07, 2011

Perkara di sekolah rendah yang tiada di sekolah menengah



Saya rindu nak pergi sekolah rendah balik . Kali pertama saya menjejakkan kaki ke sekolah menengah , saya sudah dapat merasakan aura yang tak best di sini . Rupa - rupanya , aura saya itu memang betul . Banyak sangat perkara di sekolah rendah yang tiada di sekolah menengah . Tapi lama - kelamaan , saya sudah terbiasa dan lebih menyukai sekolah menengah . Jadi , apakah perkara itu ?



  • Time sekolah rendah dulu , bila kat perhimpunan bising je , mesti kena letak mulut di jari jari di mulut .
  • Tiap kali sebelum perhimpunan dimulakan , cikgu selalu suruh angkat tangan di bahu kawan . Sekolah menengah dah takde :(
  • Baca doa sebelum makan dalam kelas .
  • Baca doa selepas makan dalam kelas .
  • Baca doa sebelum balik dalam kelas .
  • Dapat main banyak di sekolah . Korang tahu kan ? Bila masuk sekolah menengah jek , kita dah takleh bawa mainan  kan ? Even time akhir tahun pun takleh sebab peperiksaan akhir tahun lambat habis . Habis je peperiksaan , 7 hari selepas tu , dah cuti . :(
  • Kat sekolah rendah dulu , semua cikgu baik - baik belaka .
  • Kita selalu nampak kanak - kanak riang sedang bermain kejar - kejaran di tapak perhimpunan . Kat sekolah menengah , mana ada . Nak lalu tapak perhimpunan pun rasa cam janggal je ...
  • Kain dan seluar biru tua . :P
  • Kawasan sekolah yang sentiasa di banjiri oleh kereta ibu bapa . Sekolah menengah ni , selalu je dibanjiri oleh motor - motor pelajar .
  • Perkara ini sangat di notice oleh ramai pelajar . Iaitu , tiada subjek MUZIK !
  • Ni pun sama gak ...sekolah rendah dulu ada 5 subjek utama je ...sekarang , dah ada 9...
  • Kita dah tak akan nampak budak yang selekeh di sekolah menengah . Time sekolah rendah dulu , pakai tudung pun senget benget . Sekarang , wow ! Macam - macam trend !
  • Kat sekolah rendah  , pelajar bermasalah tak banyak .
Dah - dah la tu . Cukup la sampai sini . Kalau korang , korang suka sekolah rendah atau sekolah menengah ?

p/s : Nak sambung study....

Reactions:

5 comments:

  1. saya nak jadi PELAJAR SEKOLAH RENDAH xD

    ReplyDelete
  2. saya x nak sekolah .. haha.. XD

    ReplyDelete
  3. aliya aq pown..
    haha..
    x nk skola.. lgi bgus..!!

    ReplyDelete
  4. @-leO- 0_0 & amiera myra Hmm...kalau tak sekolah tak best la...tak dapat enjoy zaman remaja ye tak ? Hihi...

    ReplyDelete

 
biz.