Tuesday, March 29, 2011

Kalau suka , cakap je suka !

Assalamualaikum . Sebenarnya , saya ni selalu menjadi pendengar setia setiap kisah cinta kengkawan saya . Bila saya dah dengar , takkan la saya nak diam je kot ? Secara tak langsung , saya pun ter-jadilah penasihat cinta diorang sekaligus . Huhu . Percaya tak ? Percaya tak ? Tak ? Ah , lantak korang lah . Hari ni , saya nak jadi doktor chenta kejap . Wakakaka .

Hmm . Dah baca dah tajuk ? Well , saya ni bukannya jujur atau berani sangat pun nak luahkan perasaan kepada orang yang saya suka (eh , saya ada suka seseorang ke ?) . Saya memang tak minat cinta monyet ni . Tapi , nak buat camna kan ? Mana ada manusia lahir tanpa perasaan betul tak ? Tak kiralah orang tu sekejam mana pun , dalan hati diorang tetap ada secebis kasih sayang .

Apa yang saya nak bagitau korang adalah...kalau korang suka seseorang , cakap je suka kat dia ! Just let it go ! Cinta ni bukan hanya setakat main couple je . Tak bermakna , kalau cinta tu adalah couple . Paham tak maksud saya ? Ada orang yang saling mencintai tapi kedua - duanya terpisah di tempat yang jauh . Ada pulak orang yang cintanya dihalang oleh ibu bapa . Ada orang yang cintanya dipotong stim oleh orang lain . Walaupun diorang tak couple , diorang tetap saling mencintai .

Tak de kena mengena dengan lawak . Jiwai lah gambar ni .

Point saya kat sini adalah , korang just perlu bagitau je yang korang suka kat si dia . Dia terima ke atau tak terima ke , itu korang takyah risau . Sebab , cinta itu ibarat kentut ! Kalau korang pendam , korang akan makin gelisah . Tapi bila korang dah lepas kan , korang akan rasa lega ! Percaya lah cakap saya . Couple tu bukan cinta yang sebenarnya . Maybe , korang couple ngan orang yang korang suka tapi pasangan korang tu tipu kau . Tak ke stress dibuatnya ? Tapi bila korang dah luahkan , dia suka orang lain ke , reject ke , korang still berasa lega . At least orang tu tahu yang korang suka kat dia . Kot - kot , semenjak korang confess kat dia , dia teringin nak siasat dan kenal korang lebih . Manalah tahu dia suka kat korang jugak ke ? Kalau dah dua - dua tak ngaku , siapa lagi yang nak ngaku ? Rugi la wooo .


Amat penting bagi korang supaya mengenali orang yang korang suka tu dengan mendalam untuk mengelakkan perkara seperti kat bawah ni berlaku . Pilihlah orang yang tepat ye ? ;)


Sedikit penambahan (EDIT 10.30pm Rabu) : Ada orang tanya saya , kalau orang tu tak nak kawan ngan kita lepas kita confess camne ? So , camnilah jawapan saya . Ehem . Kalau ada orang suka kat kita , mesti lah kita gembira kan ? Apa pasal tak nak kawan pulak ? Maybe , orang yang korang suka tu orang yang rapat ngan korang misalnya . Bila korang confess secara tiba - tiba , memang akan ada sikit kerenggangan la tapi tak de la sampai benci membenci . Hehe .

p/s : Ehem . Saya bukannya nak meng-encourage bebudak sekolah ber- couple ye ! Jangan salah faham .
Reactions:

1 comments:

 
biz.