Wednesday, March 30, 2011

Jangan bukak , SPAM !


Entah siapa ntah yang mengwujudkan 'spam' nih . Geram betul . Sekarang , spam sudah menjadi trend kegilaan orang - orang gila akan pengetahuan yang gila yang mereka ambil daripada orang gila yang bernama Gila . Huh ! Selalunya , korang akan dapat mesej spam ni mengikut arus semasa la . Kalau hari valentine , spam inbox korang akan penuh dengan mesej valentine cam 'I Love You','You and Me','Loving You' dan 'In Your Arms'. Amaran keras ! Korang jangan bukak mesej tu ! Kalau korang bukak....huahuahua....ada hantu yang bernama Virus pun menerobos masuk la ke dalam korang punya sistem . Takut tak ? Uish , kalau saya , saya tak berani .

Spam ni boleh menjelma dalam pelbagai bentuk . Bukan takat emel je . Yang tengah hot sekarang ni , spam kat facebook . Tahun lepas , spam sempena Christmast menyerang ganas dalam facebook . Korang kena klik pautan new-christmas.com . Tapi bila korang dah klik , korang akan directly pergi ke Google .  Memang nampak cam biasa tapi ia sememangnya amat luar biasa . Tanpa pengetahuan korang , beberapa malware & virus dah pun masuk dalam komputer korang serta curi cookies korang . Kemudian , cookies tu akan dihantar kepada penjenayah gila tu . Apa kesannya ? Korang tak boleh login facebook sebab orang gila tu guna !


Contoh mesej spam dalam emel korang :


Selain tu , kalau korang terjumpa mana - mana url website , korang mesti kena test url tu sebelum klik . Cara - cara nak tahu , korang bacalah sendiri kat sini . Pesanan saya yang terakhir , berhati - hatilah selalu di jalan raya . Miau .

p/s : Iklan dalam blog saya ni bukan spam yek !

Reactions:

0 comments:

Post a Comment

 
biz.