Thursday, March 10, 2011

5 taktik pelajar menjawab ujian



      Assalamualaikum . Selamat sejahtera . Yang dikasihi , guru besar , guru - guru dan pelajar - pelajar yang dikasihi sekalian . Bersyukur ke hadrat illahi kerana dapat kita berhimpun lagi pada hari ini . Pada perhimpunan pagi ini , cikgu nak bercakap tentang ujian .


      Pada tahun ini , kedudukan sekolah kita berada di tangga nombor dua daripada 1,111,111 buah sekolah di seluruh planet . Ya , kita sudah jatuh satu anak tangga . Memandangkan kedudukan ini tidak memuaskan dan ujian bulanan satu sudah hampir menjelang , cikgu nak bagi sedikit tips dan taktik kepada pelajar - pelajar sekalian bagi menjawab soalan ujian . Dan ingatlah , pelajar - pelajar . Markah ujian kamu ini akan dihantar kepada Pejabat Pelajaran Planet Sedunia . Jadi , catatlah apa yang cikgu cakap ni .

Ehem . Minta maaf semua atas kemerepekan saya kat atas tadi . ^^, Saja nak test penulisan . Seperti yang tersedia ada di atas tadi , saya nak bawakan isu taktik pelajar menjawab soalan .

1. [ Meniru kawan ]
  • Taktik paling feymes . Sebenarnya , semasa ujian pelajar ini tak terlintas pun nak meniru kawan . Tapi , hehe . Kawan dia ni pun satu , pergi angkat kertas tinggi - tinggi pasal ? Rezeki datang kan ? Nak buat camne . Tiru jelah .

2. [ Tulis jawapan di... ]
  • Second popular . Taktik ini amat selamat jika korang pandai cover line . Budak - budak sekarang ni dah bermacam - macam ragam . Ada yang tulis jawapan kat tangan , kertas dan...meja . Kalau kat universiti lagi berbagai ragam . Tulis jawapan di atas buah dada . :O

3. [ Main tikam ! ]
  • Atau lebih tepat , bak kata pelajar , main hentam kromo bai! Jangan cakap kat saya yang korang tak pernah buat camni . Saya yakin yang setiap orang pernah buat . Main tikam ni ada banyak gak la caranya . 'Mini mini mai ni mo' la,guling pensel la , 'ABC' la , dan macam - macam lagi cara nak tibai .

    4. [Berbincang / bersekongkol ]
    • Taktik yang paling seronok ! Dari awal lagi dah diorang dah berpakat nak berbincang time ujian . He , he . Kenapa seronok lak ? Sebab , saya pernah buat . (Time kecik - kecik je...agak berdebar sikit la sebab first time . Lepas tu saya dah berani buat lagi sekali . Takpelah , 3 kali seumur hidup je kan ? ) Hik , hik .

    5. [ Tidur ZZzzzZZ ]
    • Hmm...saya suka taktik ni walaupun tak pernah cuba . Mula - mula diorang jawab dulu soalan yang senang . Yang tak tahu,diorang tinggalkan dan tidur sesudah tu . Bangun je,diorang akan terus dapat idea dan jawapan . Entah camna la , saya pun tak tahu...
    p/s : Mengapa perlu menipu di dalam ujian ? Sedangkan ujian di buat just nak uji kemampuan diri kita . Kalau tak dapat A bukannya kiamat pun dunia ni...Tapi lagi elok kalau kita dapat A dengan usaha kita sendiri .:)
        Reactions:

        0 comments:

        Post a Comment

         
        biz.