Friday, February 04, 2011

Tanda-tanda korang tak payah ada blog

UPDATE:Baca ni wahai newbie!

Bila kita tengok zaman sekarang ni,semua orang dah ada blog kan?Lebih-lebih lagi pelajar sekolah;sekolah menengah mahupun sekolah rendah.Budak darjah 1 pun dah ada blog sendiri.Tapi tu bukan topik sebenar yang saya nak ceritakan sekarang ni.:D

Ok.Topik kita sekarang ni ialah "Tanda-tanda korang tak payah ada blog".Kikiki.Kalau korang budak sekolah rendah,nak ada blog pun takpe.Tapi kalau perkara-perkara yang saya listkan ni,ada pada korang,lebih baik korang delete je blog tu.:P(please jangan kecik hati)



1-Blog personal

Kalau takat nak bagi orang lain tahu hal peribadi ko tu baik takyah.Tak de sesiapa pun nak baca(kecuali budak yang sama kepala macam kau la).

2-Berpuak
Follower-follower korang semuanya pelajar sekolah kau.Tak kiralah,kawan,adik angkat,kakak angkat,abang angkat,mak cik angkat,bapak angkat,dan macam-macam lagilah boleh terangkat.Kiranya macam satu puak lah.

3-Isi blog

Kalau blog personal tu ok lagi.Tapi kalau setiap kali entri korang macam ni...
"Hahaha.Hr ni aq gi dating ngan dia.Oklah.Bye-bye."
....pendek camtu je.....lebih baik delete je la blog tu.=.=

4-Follow

Korang follow orang lain sebab nak suruh orang tu follow kau balik.Bila orang tu tak follow korang,korang un-follow diorang.Takpun,korang follow sesebuah blog,sebab tuan punya blog tu kawan korang/orang yang korang kenal.Bukan disebabkan,blog orang tu menarik dan mengandungi isi yang best.


5-bEsAR keC1k

saYa taHU k0rAng 2ukA 2lis mCm N1...m3nYak1tKn maTa mmnDang taU x?!

6-Mengutuk

Wah.wah,wah.Ikut sedap korang je nak mengutuk orang kat dalam blog.Kalau pasal artis ke pelakon ke,tak pe la lagi sebab diorang memang tak terlepas daripada gosip.Yang korang ni pulak lain ceritanya.Sesedap mulut korang je nak mengutuk kawan,cikgu,kakitangan sekolah kat blog korang.Bila orang lain tengah 'blogwalking' baca,malu tahu tak?!

7-Blog cantik

Serius,saya memang amat jealous tengok orang lain ada blog cantik.Tapi yang membuat saya benci adalah,blog korang terlampau cantik sehingga menyusahkan orang lain.Bergelip-gelip,berwarna-warni,bercampur-campur dan banyak butang yang disorokkan sehingga menyusahkan pembaca!


8-Lagu

Weee....sampai-sampai je kat blog korang,tiba-tiba ada lagu autoplay.Sape yang buat camtu memang nak kena debik ngan saya.Macam la sedap sangat lagu yang korang pasang tu.Yang lebih menyakitkan hati lagi,adalah lagu autoplay tu tak ada butang stop.Macam hell.+_+

9-Disabled right click

Hmm...saya rasa ramai yang buat ni.Untuk mengelakkan blog korang daripada diciplak,mesti korang disabled right click kat blog korang.Tapi kan,dah la blog korang tak best,blog personal lak tu,mengutuk orang dalam blog,lepas tu,korang suruh kitorang pergi jump ke link lain dalam entri korang.Bertambah-tambah la orang tu menyampah kat korang sebab tak boleh bukak link kat new window.(kalau link korang boleh buka new window automatically,tak pe la)Macam la blog korang tu best sangat sampai ada orang nak copy-copy.:|

10-Tujuan

Saya rasa ni pun ramai jugak.Korang tulis blog tanpa tujuan.Apa tujuan korang tulis blog?Ha?Ha?Ha?Nak dapat duit?Tapi saya tak nampak pun iklan NuffNang kat blog korang.Nak popular?Saya tak rasa blog korang menarik.Apa tujuan korang????

So,ini jelah.Simptom korang tak payah ada blog.Menyemakkan je la.Sebelum tu,saya bagi chance kat korang,ubah style blog korang.Cuba tengok macam Sengal Zone dan Bila Tergigit Halia ni.Kan best baca blog orang ni?:D

Bye.Sampai di sini je entri saya kali ni.Kita jumpa lagi di entri yang akan datang :)

Nota:Minta maaf kepada sesiapa yang terkecil hati.Jikalau saya terkasar bahasa,pun saya nak minta maaf jugak.:)

Dewa-dewa adieu~n

Reactions:

3 comments:

  1. mmg gempak dooo,.. blog biletergigit haliaa...

    ReplyDelete
  2. @ainiafifahothman97Hoho...memang smart pun.Tapi saya lebih suka blog Sengal Zone tu.xD

    ReplyDelete
  3. errrr.. apsal sy x pernah perasan entri ni eh.. adehh.. trime kasih ye aliyaaaa !! :) terharu sgt.. :)

    ReplyDelete

 
biz.