Sunday, February 06, 2011

Sushi

Hai semua.Assalamualaikum.Maaflah sebab semalam tak ada entri baru.Sebenarnya semalam nak tulis topik "Pendapat spontan orang terhadap lelaki dan perempuan',tapi.......Maybe,saya tak boleh post entri hari-hari sebab mungkin tak cukup masa.Yelah,saya ni kan student lagi.Tapi kadang-kadang,tak ada post entri sebab tak tau nak tulis apa.:P

Hmm..pe-pe pun,hari ni saya nak bercerita sikit.Kikki.Seperti tajuk kat atas ni,saya nak cakap pasal sushi.Saya cakap pasal ni coz sejak akhir-akhir ni,saya terkena penyakit kronik nak buat sushi.Sebab kat rumah saya tu dah ada seaweed*jakun*.Sushi tu amenda erk?Lol,kalau korang tak tahu memang lawak la kot.Oleh disebabkan saya orang yang baik hati,saya akan terangkan jugak apa itu sushi.

Sushi ni makanan orang Jepun.Sangat famous kot..Sushi boleh dihasilkan dengan kreativiti dan dalam pelbagai bentuk.Misalnya....*meleleh air liur*...




Bentuk bunny~!Budak-budak kecik mesti suka ni.Bunny tu dibuat daripada nasi(mestilah nasi!) dan udang.Yang mata tu dia guna telur ikan tak silap.


Sushi spooky ghost.Hahha.Tomey.


Hello kitty.Saya agak-agaklah kan,rupa je menarik tapi rasa dia mesti tak sedap.Ye la,seaweed dia sikit sangat la.Yang reben tu dia guna apa erk?Salmon maybe.


Sushi kecik nonet.


Nampak menggerunkan nak makan.*_*

Ok.Itulah antara-antara sushi yang menarik.Ada banyak lagi yang menarik tapi korang boleh la cari sendiri kat internet yaw.(fuh,orang Jepun ni memang kreatif erk.)Jom kita tengok pulak macam mana nak buat sushi.Bipbipbip...

Bahan yang korang MESTI ADA
  • Beras/nasi.Kalau korang tak ada nasi,tu bukan sushi namanya!Seelok-eloknya,korang guna lah beras Jepun.Jenama yang orang Jepun selalu guna ialah Tamaki Gold Rice.Saya tak tahulah kat Malaysia ada jual ke tak.Kalau tak ada,korang guna beras biasa campur beras pulut.
  • Seaweed.Hmm...kalau tak ada,sushi korang rasa macam makan nasi biasa la.Seaweed kat Malaysia ada jual.(Makan seaweed rasa macam makan sushi sebenar *_-)Saya beli kat Econsave :D(Kecik.)Nanti kalau ada masa,saya letakkan macam mana gambar seaweed yang saya jumpa tu.
  • Cuka.Seelok-eloknya,gunalah cuka Sushi Vinegar.
Cara buat:
1-Masak nasi.Kalau rumah korang tak ada periuk nasi,(LOL) boleh ikut tutorial orang Jepun hensem ni.
2-Tunggu nasi korang dah sejuk sikit,masukkan cuka.
3-Ikut suka hati korang la nak buat bentuk sushi tu macam mana.Then gulungkan dengan seaweed.Kalau buat bentuk bulat kecik tu,korang kena ada sushi roll.
4-Dah siap.
5-Makan!

p/s:Ni tutorial mudah je.Kalau nak yang lebih complete,cari la kat internet.

Nak tengok tak sushi yang saya buat?:P
Buruk!Saya pun tak tahulah kenapa.Bila saya gigit dia punya seaweed,seaweed nya tak putus-putus;jadi liat.Hmm.Maybe kena beli seaweed yang petak besar tu kot.

-Gambar kemudian!-

UPDATE:





Nilah seaweed yang saya guna tu.>.<






Ni lepas keluar daripada kukus.Pergh...berasap tu..>.<



Dah siap.Ada yang sedap,ada yang tak sedap xP



Dewa-dewa adieu~n

Reactions:

1 comments:

  1. haha..
    lain kli bwak g skola..
    share2 la ngan ktowg...
    hehe XP..
    taw. taw...

    ReplyDelete

 
biz.