Wednesday, February 09, 2011

6 Kesalahan cikgu !



Cikgu selalu menegur kesalahan dan keburukan korang kan ? Perangai yang baik - baik dan kelebihan korang , diorang tak sebut - sebut pulakkan ? Seperti semua kesalahan tu datang daripada kita sendiri ! Padahal cikgu yang ' mengajar ' pelajarnya berbuat demikian . Jadi , mai kita tengok apakah kesalahan - kesalahan cikgu kita yang patut kita ' membanteras ' ! Echeh....




  • Cikgu suruh pelajar jangan hisap rokok , tapi cikgu sendiri yang ketagih hisap rokok . Badan bau rokok , mulut bau rokok , tangan pun bau rokok . Nak salam pun geli...
  • Cikgu suruh pelajar tutup aurat dan mendalami ilmu agama , tapi cikgu sendiri yang tak tutup aurat dan tak tahu hukum agama . Tak pakai tudung,rambut warna-warni , pakai baju ketat , tudung pendek , tersembul bahagian tut tut...
  • Cikgu menegah pelajar membuat rambut berfesyen bagi pelajar lelaki , tapi cikgu sendiri yang buat rambut berfesyen . Pacak sana - pacak sini , jambul sana , jambul sini....
  • Cikgu menegah pelajar mengejek sesama sendiri,tapi cikgu sendiri yang memulakan 'gelaran'(ejek) bagi seseorang pelajar tu ." Bob " , " Mok " , " Ketot " , " Tambi " , " Bendul " , " Beruk "...
  • Cikgu kata kalau tak faham boleh tanya , tapi bila anak murid angkat tangan tak faham , cikgu lak yang marah-marah .
  • Cikgu kata jangan cakap benda - benda yang tak elok ketika bercakap , tapi cikgu sendiri yang cakap kata-kata tak elok ketika sedang mengajar . " Ala , benda yang ' berbulu ' tu...hahahahaha "<--cikgu


Hahaha...kalau korang perasan , perkara ni selalu terjadi kan ? Perkara - perkara kat atas ni adalah pandangan dan pemerhatian saya terhadap cikgu sepanjang saya bersekolah . Mungkin jugak cikgu - cikgu yang berbuat demikian adalah cikgu di sekolah saya terutama sekali di sekolah rendah . Dan tak lupa juga...segala benda yang kita selalu tengok pelajar sekarang amalkan ni , adalah semuanya datang daripada cikgu.Wakawakawakakakaka...

Reactions:

2 comments:

  1. i like this :D
    good..
    truskan usaha.. !! :D

    ReplyDelete
  2. @amiera myraOkay thanks !
    Wow ! Sekejapnya dah ada lagi 3 orang like dan share !
    Trimas , trimas ,trima !

    ReplyDelete

 
biz.