Tuesday, February 01, 2011

Pengenalan

fHello,budak-budak genius.Ni adalah merupakan first entri saya kat blog yang terbiar ni.Sebagai entri yang pertama,saya ingin menceritakan serba sedikit tentang diri saya.Yelah,kita kenalah berkenal-kenalan dulu kan?Tapi jangan salah sangka,saya memperkenalkan diri ni bukan nak cari special relationship erk =.=....

Oklah.Malas nak cerita banyak,kita teruskan jelah.


Hai.Nama saya Aliya binti Hudi.Orang panggil saya,Yoss.Saya pun tak tahu kenapa ramai orang panggil saya macam tu.Apa-apa pun,saya suka dengan panggilan tu.Kalau korang tak suka,korang boleh lah panggil saya dengan panggilan yang korang suka :).Tapi satu nama ni je yang saya paling pantang!Ramai orang suka ejek nama saya Ali Yahudi.Tolong prihatin sikit erk...

Saya lahir pada 2 Oktober tahun 1997.Hmm...agak-agaknya berapalah umur saya?Kikikiki...Saya ni dok kat kampung.Nama kampung tu,Kampung Melayu Seri Kundang.Jangan fikir kitorang ni orang kampung,kitorang ni buta IT!Buat pengetahuan korang,hampir 99.99% penduduk kampung saya ni mempunyai Facebook,Blog,Twitter dan mahir dalam perkara-perkara siber ni.Kat sini gak,semua pakai rumah batu.No more rumah papan.Siap ada apartmen,jambatan lebuh raya,tempat pelancongan(Tasik Biru) dan populasi penduduk yang sangat ramai!Tiap-tiap tahun mesti ada je orang baru pindah sini.Kebanyakannya datang dari bandar.Eh???Alamak...bukan nak citer pasal saya ke?Hmm..tak pelah.Cerita pasal tempat tinggal saya dengan terperinci pun dikira sebagai pengenalan la kan?

Saya sekolah kat SMK Seri Kundang.Kelas Wardah(aliran agama).Hmm...saya rasa dah tak ada apa lagi yang saya nak ceritakan.Selebihnya,tentang sikap,baik buruk saya,korang kena nilai sendiri dalam setiap entri yang saya pos.Ia akan menggambarkan keperibadian saya.Ok.Bye-bye.

Dewa-dewa adieu~n

Reactions:

0 comments:

Post a Comment

 
biz.