Tuesday, February 15, 2011

5 Kelebihan obses terhadap selebriti



Assalamualaikum!Sebagai permulaan,saya nak ucap....Salam Maulidur Rasul~!Dari saya,Aliya binti Hudi~~~

Huhu...tajuk entri kali ni,pasal obsession.Jangan tersilap obsesi dengan obesiti <--(selalunya bila tengok sekali imbas,saya selalu tersilap baca.Obsesi jadi obesiti...)lalala...

Mungkin entri saya kali ni pannjaaang sikit . Harap korang dapat baca sampai habis :)

Okay ! Obsesi tentang apa ? Hmm...sebagai contoh , saya akan ambil obsesi terhadap selebriti ! Ekekek...Saya saja je nak mulakan topik camni sebab dah ramai orang yang terlalu obses terhadap selebriti sejak akhir-akhir ni .(termasuklah saya....KOT). Kalau bagi makcik - makcik dan pakcik -pakcik , tentu diorang fikir negatif bila cakap pasal obsesi terhadap selebriti . Korang jangan silap , obses pun ada kelebihannya . Mari kita tengok sama- sama apakah kelebihan yang korang akan dapat jika obses terhadap selebriti. Cekidaut !



Jenis A : Selebriti Luar Negara
  • 1- Disebabkan korang terlalu obses,korang akan berusaha untuk mencari berita,gosip dan perkembangan-perkembangan seseorang selebriti tu . Serta-merta,korang akan jadi 'budak pakar internet' sebab tahu pelbagai laman sesawang yang ada banyak citer pasal selebriti.

  • 2- Nama pun selebriti luar negara ...Disebabkan korang terlampau obses,korang akan berusaha untuk memahami bahasa yang diorang guna supaya senang korang nak menjiwai lagu-lagu diorang . Lebih-lebih lagi selebriti yang korang minat tu tak cakap bahasa inggeris . Kalau diorang ada interview ke , dokumentari ke , senang sikit korang sebab tak payah cari 'english sub' punya.<--(Itu saya)Secara tak sengaja,korang akan jadi pakar bahasa . Wakaka...

  • 3- Kalau mak bapak atau cikgu korang marah korang sebab terlalu obses , korang cakap kat diorang " Saya boleh menambahkan ilmu pengetahuan ! " Katakan lah,selebriti yang korang minat tu selebriti Bollywood . Mestilah korang nak tahu semuanya tentang Bollywood ! Dengan itu , korang leh dapat banyak ilmu pengetahuan tentang Blooywood , tol tak ?

  • 4- Dan yang last , yang paling best , korang akan dapat banyak kawan ! First , korang dapat banyak kawan kat sekolah . Mestilah ramai yang nak kawan ngan korang sebab boleh borak - borak pasal selebriti pujaan korang tu . Nanti leh la bukak pasar malam kat kelas bila cikgu tak ada nanti . Second , korang dapat banyak kawan kat internet yang semestinya mempunyai sama minat ngan korang .

  • 5- Eh , silap . Ada lagi . Yang ni memang yang ter-last . Korang akan dapat single/album/dvd percuma ! Haha...camna tu ? Seperti kat atas ni , korang akan dapat banyak kawan internet . Kalau korang baik ngan diorang , manalah tahu , diorang rasa cam ter-baik hati ke nak bagi kat korang . Diorang akan bagi separuh daripada koleksi single/album/dvd diorang . So , jimatlah duit korang :) (Betul , tak tipu !)


Jenis B : Selebriti Tempatan


  • 1- Hmm...selebriti tempatan susah sikit . (Sebab saya tidak pernah merasai obsesi terhadap selebriti tempatan T^T) . Apa - apa pun , kelebihan yang pertama ialah , korang boleh popular ! Korang tahu - tahu jelah selebriti tempatan kita ni . Banyak gosip ! Oleh itu , korang dapat jadi popular sebab menaburkan fitnah dan gosip terhadap selebriti tempatan . Pastikan jadi orang yang pertama membuat gosip tu ! Gerenti popular ! Wakakakakakaka...
  • 2- Kelebihan yang kedua ni lah yang membuatkan saya terharu . T^T Kenapa ? Sebab orang obses terhadap selebriti tempatan ni lah yang akan membuatkan Malaysia menjadi popular . (wuwuwuww...*nangis*) Saya confem , tentu korang selalu kecoh - kecoh kat internet yang selebriti Malaysia ni hebat - hebat dan taklah teruk sangat ! Misalnya , Aizdean . (Artis tempatan ke tu ? :D)
  • 3- Kalau mak bapak ngan cikgu korang tahu sebab yang ketiga ni , mesti diorang suka . Sebabnya , korang dapat memantapkan teknik penulisan dan karangan korang . Kalau tak memantapkan penulisan korang , (lagu - lagu sekarang ni lirik selalu meraban) , sekurang - kurangnya , korang reti menulis puisi dan sajak . :D
  • 4- Empat . Memberi kesedaran dan membaiki akidah korang . Ini bergantung kepada lagu yang korang dengarlah .
  • 5- Ni paling penting .... Dub , dub , dub....last sekali , korang terselamat daripada jadi rosak ! Korang tengoklah remaja sekarang ni . Sape - sape je yang obses terhadap selebriti luar negara , mesti diorang jadi rosak sebab terikut - ikut budaya barat . Insyaallah , korang terselamat .

p/s : Jangan terlalu obses sangat weih !

Reactions:

0 comments:

Post a Comment

 
biz.